Wallet Aset Kripto Dalam Exchanger UbitEx
Senarai jenis-jenis akaun yang memegang aset kripto dalam wallet ubitEx
2024-11-09 11:23:19 - EdyKrip
- Menu Assets memaparkan jenis akaun beserta fungsi menguruskan aset kripto.
- Total Equity memaparkan unit aset yang kita ada. Klik segitiga di sebelahnya boleh mengubah nilai Aset Kripto dalam BTC & USDT. Kita boleh memilih jenis nilai matawang fiat yang berkaitan.
- Spot Account (SA) - Nilai aset kripto yang boleh dijual beli mengikut harga spot (semasa). Setiap aset kripto boleh dijual beli dengan aset USDT, sebagai contoh UB / USDT. Hanya aset dalam spot account boleh dipindahkan keluar dari wallet melalui butang withdraw.
- Futures Account (FA) - Nilai Aset kripto yang boleh dijual beli mengikut kontrak masa depan.
- Earn Account (EA) - Nilai aset kripto yang diperolehi hasil dari aktiviti staking.
- UB Card Account (UBCA) - Nilai aset yang boleh dimasukkan dalam kad visa untuk perbelanjaan menggunakan wang fiat USD.
- Deposit - Aset kripto yang ingin dimasukkan dalam wallet UbitEx sama ada pembelian melalui Visa ataupun pemindahan melalui wallet kripto lain.
- WIthdraw - Aset kripto yang ingin dipindahkan keluar dari wallet UbitEx sama ada melalui On-chain Transfer (Wallet kripto lain) atau Internal Transfer (dipindahkan sesama mereka yang mempunyai wallet UbitEx. Hanya nilai dalam Spot Account sahaja boleh dipindah keluar.
- Transfer - Pemindahan aset kripto dari 1 akaun ke akaun yang lain dalam wallet UbitEx, sebagai contoh dari Spot Account ke Earn Account untuk kegunaan yang dinyatakan di atas.
Nak Jual Aset Kripto Untuk Dapatkan Ringgit Malaysia?
Staking Earning masuk dalam Earn Account. Transfer aset kripto dari Earn Account ke Spot Account, kemudian baru boleh withdraw ke wallet aset kripto yang menawarkan P2P (Peer to Peer), sebagai contoh ByBit Exchanger, untuk ditukarkan kepada Ringgit Malaysia.